Thursday, 16 February 2017

3.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Perkataan ‘keluarga’ berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti anggota kelompok kerabat. Keluarga merujuk lingkungan orang-orang yang memiliki hubungan darah bersatu. Menurut kamus dewan (2005), keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.

Tanggungjawab terhadap keuarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Tanggungjawab individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara.

 Setiap anak bertanggungjawab menjaga, mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya. Tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarganya pula ialah memerikan perlindungan, nafkah, kasih sayang dan didikan kepada isteri dan anak-anaknya. Individu berkenaan bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya.

Keluarga merupakan unit terkecil yang membentuk sebuah masyarakat. Antara ciri keluarga ialah hidup dalam satu rumah tangga di bawah asuhan seseorang ketua keluarga atau rumah tangga seperti ayah atau anak lelaki, berinteraksi antara ahli keluarga dan setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Menghormati ibu bapa, memupuk hubungan yang baik, menjaga nama baik keluarga dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada seluruh anggota keluarga adalah tanggungjawab individu terhadap keluarga.
Ciri-ciri keluarga bahagia :

a)     Mengamalkan cara hidup sihat.
Sebagai contoh, seseorang haruslah  makan secara sihat, bersenam, tidak merokok dan  rehat dan tidur yang mencukupi.

b)     Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
Sebagai contoh, sesorang haruslah berkomunikasi dengan sopan dan tidak menggunakan perkataan yang kasar.

c)      Menunaikan peranan dan  tanggungjawab masing-masing.

d)     Mengamalkan nilai agama dan moral

e)      Mempunyai didikan agama

f)       Pergaulan yang penuh adab sopan / baik

g)     Mendoakan kebaikan dan kebahagian keluarga.

h)     Mengambil berat masalah keluarga.

i)       Bersederhana

j)       Kemantapan ilmu dan akal.

k)     Keluarga yang berakhlak mulia

l)       Sentiasa bersyukur.
Sebagai contoh, seseorang haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


3.2.1 Hormat Kepada Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Pengorbanan mereka amat besar demi membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Mereka mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak dan sentiasa berusaha untuk memberikan kesempurnaan dalam segala aspek.

Setiap agama menuntut manusia agar menghormati, menyayangi serta menghargai pengorbanan ibu bapa. Sebagai seorang anak, kita bertanggungjawab untuk sentiasa bertutur dengan lemah lembut serta mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Di samping itu, kita perlu mentaati dan patuh kepada ibu bapa selagi mereka tidak menyuruh untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah dalam agama. Kita juga perlu berusaha untuk memenuhi permintaan ibu bapa mengikut kemampuan diri dan tidak sesekali menyinggung perasaan mereka.


Antara cara yang boleh dilakukan untuk menghormati ibu bapa ialah menjaga perasaan ibu bapa, menghormati dan menghargai harta mereka, meraikan hari-hari istimewa, menepati masa, berlemah lembut dan mendoakan kesejahteraan mereka. Namun, ramai dalam kalangan anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa tidak menghormati ibu bapa. 

Sebagai contoh, mereka sering bercakap dengan nada yang kasar dan tinggi, bahkan ada yang berani memukul dan membiarkan ibu bapa hidup dalam keadaan susah. Tindakan mereka itu dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, anak-anak kecil perlu disemai dengan sifat kasih sayang dan dididik supaya menghormati ibu bapa, di samping mewujudkan kehidupan yang harmoni untuk jangka masa yang panjang.










3.2.2 Pupuk Hubungan Yang Baik dalam Keluarga

Salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan adalah disebabkan kecanggihan teknologi. Hal ini terbukti apabila keasyikan anak muda terhadap gajet masing-masing. Oleh yang demikian, tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesama keluarga perlu diberikan perhatian.

Meluangkan masa bersama-sama merupakan salah satu daripada cara untuk memupuk hubungan baik dalam keluarga. Masyarakat harini ini terutamanya ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing, namun mereka perlu bijak menguruskan masa supaya hubungan dengan isteri dan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan anak-anak yang telah dewasa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Salah satu aktiviti meluangkan masa dengan keluarga ialah makan bersama-sama dengan keluarga.

 Hal ini semestinya dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga. Anak-anak digalakkan untuk membantu ibu bapa di dapur semasa penyediaan makanan. Sebagai contoh, anak lelaki mempersiapkan keperluan di meja makan, manakala anak perempuan menolong ibu memasak. Dengan cara ini, perasaan saling bergandingan antara satu sama lain dapat dipupuk.


Tambahan pula, aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga dapat dilakukan seperti bersukan, gotong-royong dan melancong ke tempat-tempat menarik. Setiap ahli keluarga perlu bersatu hati dalam semua perkara sama ada susah atau senang. Hal ini menyebabkan rasa tanggungjawab dalam diri terhadap keluarga akan lebih dirasai dan dihayati oleh setiap orang yang bergelar anak.





Rajah di atas merupakan antara cara mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga. Sebagai contoh, kita haruslah sentiasa meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti berkelah, bersukan, bergotong-royong dan makan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini bukan sahaja dapat memahami lagi setiap ahli keluaraga malah merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.


3.2.3 Jaga Nama Baik Keluarga


Tanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat penting. Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan menempuh pelbagai dugaan sepanjang mendidik anak-anak untuk menjadikan anak mereka orang yang berguna. Apabila anak-anak yang berjaya serta berbakti kepada masyarakat dan negara, ibu bapa pasti akan gembira, bangga, dan rasa bertuah kerana mempunyai anak-anak seperti ini.

 Sebaliknya, mereka kecewa apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.


Setiap agama mengingatkan kita untuk menghormati ibu bapa dan menjaga kehormatan mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan menjaga setiap tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita. Sebagai anak kita perlu bersikap menghormati, merendah diri, tidak sombong, dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Bukan itu sahaja, kita haruslah membina hubungan yang baik dengan kenalan atau rakan-rakan ibu bapa sama ada mereka hidup atau tiada di muka bumi ini.  

Wednesday, 15 February 2017

3.2.4 Beri Kasih Sayang

Kasih sayang merupakan nilai murni dan satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seorang anak. Hal ini kerana, ibu bapa terlalu banyak melakukan pengorbanan demi anak-anaknya sehingga tidak mampu dibalas. Pemberian hadiah untuk ulang tahun perkahwinan atau ulang tahun kelahiran ibu bapa merupakan cara anak-anak menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa mereka.

 Hadiah tersebut tidak perlu terlalu mahal kerana ibu bapa hanya mengharapkan ingatan dan penghargaan serta ucapan daripada anak-anak pada hari istimewa dalam hidup mereka sahaja.  



Selain itu, anak-anak boleh menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa melalui pelukan dan sentuhan tangan seperti berjabat tangan, bersalaman dan mencium tangan ibu bapa apabila kita pulang ke rumah. Cara ini menunjukkan bahawa kita menghormati mereka. Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberikan wang mengikut kemampuan anak-anak kerana hal ini dapat meringankan beban kehidupan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli keperluan harian dan sebagai simpanan hari tua mereka.









Ibu bapa mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya semasa membesarkan anak-anak, sebagai seorang anak yang tanggungjawab kita sepatunya membalas budi yang dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapa sebaik mungkin.


3.3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT



Manusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-tengah masyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunyai kepentingan yang pelbagai. 


Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan peranannya sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kelainan upaya [OKU] dan warga emas.








3.3.1 Menghulurkan bantuan

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahulu diketahui oleh mereka yang selalunya berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itu sahaja, masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta pertolongan kecemasan ketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. 

Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan masyarakat yang baik dapat mambantu orang lain ketika diperlukan. Pengorbanan seupama ini sememangnya tidak mudah untuk melupakan oleh sesiapapun. Jadi, semakin kerap kita menolong orang lain, semakin kuatlah ikatan hubungan kita dengan ahli komuniti.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau jambatan akibat banjir, ribut serta kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga merupakan salah satu bentuk saluran pertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup berkomuniti.