Thursday 16 February 2017

DUB2012 NILAI-NILAI MASYARAKAT


                     








                                                        
BAB 3:TANGGUNGJAWAP TERHADAP DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT,DAN NEGARA.

KIRUBAKARAN A/L RAMAN(02DEE16F1034)
NAGENTHERAN A/L PRAKASH KUMAR(02DEE16F1118)
PERKASH A/L GENGAREDI(02DEE16F1129)
VIJAY A/L KUMAR(02DEE16F1136)


3.0 PENGENALAN


Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan yang paling penting sekali, tanggungjawab terhadap agama. Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak.

Kita juga haruslah menjadi makhluk yang bermoral. Akan tetapi manusia juga seorang peribadi, dan sebagai makhluk peribadi manusia mempunyai pendapat sendiri.  Kita juga hendaklah, mengisi kehidupannya memperoleh makna, maka atas diri manusia perlu diberi tanggungjawab.

Di samping itu, kita haruslah mengerti dan menyedari posisi kita untuk sentiasa belajar dan mengerjakan segala pekerjaan rumah dengan penuh dedikasi, kerana hal-hal seperti itulah yang akan mempengaruhi kita sendiri pada akhirnya. Hal-hal tersebut tidak ada kaitannya sama sekali dengan orang lain dan juga menentukan jalan hidup kita pada masa depan kita sendiri dan juga keluarga. Kita juga haruslah, sentiasa bersyukur dan juga sentiasa sabar dan bertolak ansur. 

3.1 Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


 Tanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorang kepada dirinya sendiri terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segi aspek lahiriah, seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinya termasuklah ilmu, kesihatan diri dan maruah diri. 

Manakala, dari segi aspek batiniah pula, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangat cintakan negara.

3.1.2 Hubungan Dengan Tuhan

Manusia sebagai ciptaan unik dan hamba Tuhan, haruslah memastikan diri sendiri melakukan segala perkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala perkara yang terlarang. Tuhan bukan sahaja menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi ini, namun Dia menciptakan manusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Dia kerana Dia adalah Sang Pencipta. Oleh yang demikian, manusia perlulah sedar akan kedudukan dirinya sebagai hamba Tuhan dan sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga hubungannya dengan Tuhan.


Terdapat beberapa cara yang diamalkan oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan. Amalan pertama ialah bersyukur iaitu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Tuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Sebagai contoh, manusia menjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakan di atas bumi ini.
Rajah di atas merupakan contoh-contoh setiap kaum menunaikan ibadah masing-masing kepada Tuhan. Kita haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan dengan sentiasa beribadah kepadaNya.



 Amalan kedua ialah bertaubat iaitu sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, seseorang yang bertaubat dan berubah kepada kebaikan sering membantu orang lain, membuat khidmat masyarakat dan meringankan beban golongan miskin atau yang memerlukan pertolongan.

Amalan ketiga ialah reda iaitu bersikap reda terhadap musibah, dugaan atau bencana yang berlaku pada diri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan berlapang dada dengan setiap sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Manusia perlu memperbaiki diri dengan mendekatkan hati kepada Tuhan. Sebagai contoh, apabila Tuhan menurunkan hujan sehingga mengakibatkan banjir, maka manusia perlu memahami hakikat dan bermuhasabah diri bahawa musibah tersebut kadang kala datangnya atas sebab kerakusan dan sikap manusia sendiri.

Melaksanakan Ibadah Minggu Untuk yang beragama Kristian dan penyembahan di kuil atau tokong bagi yang beragama hindu dan Buddha merupakan contoh-contoh manusia merapatkan hubungan dengan tuhan.

3.1.2 Maruah Diri

Setiap individu haruslah menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang memiliki jati diri dan kehormatan diri merupakan manusia yang bermaruah. Maruah diri adalah sangat penting untuk dijaga kerana dengan demikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu dapat dilahirkan.

Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang sopan, pergaulan dan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Amalan pergaulan yang baik dapat dilaksanakan dengan menjaga batas-batas pergaulan dalam kehidupan seharian. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau silaturahim dapat dikekalkan. Sebagai contoh, anak-anak muda perlu menghormati ibu bapa, jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain.


Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.


3.1.3 Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan diri merupakan tanggungjawab setiap individu kerana kesihatan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan sesuatu aktivti atau tugasan, disamping memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, agama menuntut untuk menjaga kebersihan dan perlu dipratikkan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik.

 Terdapat beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu dengan menjaga kebersihan diri, menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Menjaga kebersihan diri merujuk kepada menjaga kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari supaya badan sentiasa bersih, segar dan tidak berbau serta mengelak daripada sebarang penyakit berjangkit.

 Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat membantu individu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat memastikan badan mendapat nutrisi yang mencukupi, seterusnya badan akan sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.

 Akhir sekali, mendapat rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat yang cukup dapat membantu kelancaran proses metabolisme badan. Justeru itu, kita dapat menikmati gaya hidup yang sihat sekali gus melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dengan sempurna.








Rajah di atas menunjukkan cara untuk menyihatkan badan. Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan kita.


3.1.4 Ilmu

Ilmu merupakan kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu dianggap amat penting kerana ia dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban manusia. Manusia bertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

 Apabila seseorang berilmu dia akan dipandang mulia dan dihormati kerana dapat membezakan perkara yang baik dan buruk, bersikap rasional serta melakukan sesuatu kebaikan kepada masyarakat. Maka, ilmu menjadi satu kepentingan dalam hidup manusia dan menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kita mestilah rajin menuntut ilmu supaya kita sentiasa menjadi orang yang bermaklumat