Thursday 16 February 2017

3.1.2 Hubungan Dengan Tuhan

Manusia sebagai ciptaan unik dan hamba Tuhan, haruslah memastikan diri sendiri melakukan segala perkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala perkara yang terlarang. Tuhan bukan sahaja menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi ini, namun Dia menciptakan manusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Dia kerana Dia adalah Sang Pencipta. Oleh yang demikian, manusia perlulah sedar akan kedudukan dirinya sebagai hamba Tuhan dan sedar akan tanggungjawabnya untuk menjaga hubungannya dengan Tuhan.


Terdapat beberapa cara yang diamalkan oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka dengan Tuhan. Amalan pertama ialah bersyukur iaitu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Tuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantas berterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Sebagai contoh, manusia menjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakan di atas bumi ini.
Rajah di atas merupakan contoh-contoh setiap kaum menunaikan ibadah masing-masing kepada Tuhan. Kita haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan dengan sentiasa beribadah kepadaNya.



 Amalan kedua ialah bertaubat iaitu sentiasa bertaubat atau mengubah diri menjadi orang yang lebih baik dan sempurna. Manusia yang melakukan kesalahan atau kesilapan hendaklah bertaubat dengan segera atas segala perlakuan dan perbuatan yang telah dilakukan. Sebagai contoh, seseorang yang bertaubat dan berubah kepada kebaikan sering membantu orang lain, membuat khidmat masyarakat dan meringankan beban golongan miskin atau yang memerlukan pertolongan.

Amalan ketiga ialah reda iaitu bersikap reda terhadap musibah, dugaan atau bencana yang berlaku pada diri. Reda bermaksud penerimaan dengan rela, senang hati dan berlapang dada dengan setiap sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan. Manusia perlu memperbaiki diri dengan mendekatkan hati kepada Tuhan. Sebagai contoh, apabila Tuhan menurunkan hujan sehingga mengakibatkan banjir, maka manusia perlu memahami hakikat dan bermuhasabah diri bahawa musibah tersebut kadang kala datangnya atas sebab kerakusan dan sikap manusia sendiri.

Melaksanakan Ibadah Minggu Untuk yang beragama Kristian dan penyembahan di kuil atau tokong bagi yang beragama hindu dan Buddha merupakan contoh-contoh manusia merapatkan hubungan dengan tuhan.

No comments:

Post a Comment