Wednesday 15 February 2017

3.2.4 Beri Kasih Sayang

Kasih sayang merupakan nilai murni dan satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seorang anak. Hal ini kerana, ibu bapa terlalu banyak melakukan pengorbanan demi anak-anaknya sehingga tidak mampu dibalas. Pemberian hadiah untuk ulang tahun perkahwinan atau ulang tahun kelahiran ibu bapa merupakan cara anak-anak menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa mereka.

 Hadiah tersebut tidak perlu terlalu mahal kerana ibu bapa hanya mengharapkan ingatan dan penghargaan serta ucapan daripada anak-anak pada hari istimewa dalam hidup mereka sahaja.  



Selain itu, anak-anak boleh menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa melalui pelukan dan sentuhan tangan seperti berjabat tangan, bersalaman dan mencium tangan ibu bapa apabila kita pulang ke rumah. Cara ini menunjukkan bahawa kita menghormati mereka. Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberikan wang mengikut kemampuan anak-anak kerana hal ini dapat meringankan beban kehidupan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli keperluan harian dan sebagai simpanan hari tua mereka.









Ibu bapa mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya semasa membesarkan anak-anak, sebagai seorang anak yang tanggungjawab kita sepatunya membalas budi yang dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapa sebaik mungkin.


No comments:

Post a Comment