Thursday 16 February 2017

3.2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Perkataan ‘keluarga’ berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti anggota kelompok kerabat. Keluarga merujuk lingkungan orang-orang yang memiliki hubungan darah bersatu. Menurut kamus dewan (2005), keluarga merupakan orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.

Tanggungjawab terhadap keuarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Tanggungjawab individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara.

 Setiap anak bertanggungjawab menjaga, mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya. Tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarganya pula ialah memerikan perlindungan, nafkah, kasih sayang dan didikan kepada isteri dan anak-anaknya. Individu berkenaan bertanggungjawab dalam membentuk ahli keluarganya.

Keluarga merupakan unit terkecil yang membentuk sebuah masyarakat. Antara ciri keluarga ialah hidup dalam satu rumah tangga di bawah asuhan seseorang ketua keluarga atau rumah tangga seperti ayah atau anak lelaki, berinteraksi antara ahli keluarga dan setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Menghormati ibu bapa, memupuk hubungan yang baik, menjaga nama baik keluarga dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada seluruh anggota keluarga adalah tanggungjawab individu terhadap keluarga.
Ciri-ciri keluarga bahagia :

a)     Mengamalkan cara hidup sihat.
Sebagai contoh, seseorang haruslah  makan secara sihat, bersenam, tidak merokok dan  rehat dan tidur yang mencukupi.

b)     Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
Sebagai contoh, sesorang haruslah berkomunikasi dengan sopan dan tidak menggunakan perkataan yang kasar.

c)      Menunaikan peranan dan  tanggungjawab masing-masing.

d)     Mengamalkan nilai agama dan moral

e)      Mempunyai didikan agama

f)       Pergaulan yang penuh adab sopan / baik

g)     Mendoakan kebaikan dan kebahagian keluarga.

h)     Mengambil berat masalah keluarga.

i)       Bersederhana

j)       Kemantapan ilmu dan akal.

k)     Keluarga yang berakhlak mulia

l)       Sentiasa bersyukur.
Sebagai contoh, seseorang haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


No comments:

Post a Comment