Wednesday 15 February 2017

3.3.4 Amalan bertegur sapa dan kunjung-mengunjungi


 Sikap amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan salah satu titik permulaan terjalinya hubungan yang erat dan mesra dalam kalangan masyarakat. Kelompak manusia yang suka bertanya khabar dengan masyarakat sekeliling boleh menwujudkan silaturahim yang amat baik. Menerusi amalan bertegur sapa, hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila mereka saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman mereka sesama sendiri.

 Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap individu dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab serta selesa hidup dalam berkomuniti. Dengan ini, ibubapa juga berperanan untuk mengajar anak-anak mereka dari kecil mengenai betapa pentingnya amalan ini.


Aktiviti meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat kejiranan. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahi mereka. Sebagai contoh, Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Melalui perayaan seperti ini, secara langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di samping memupuk perpaduan antara masyarakat. Kebaikan lain ialah kita dapat berkumpul dan berbincang sambal menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

No comments:

Post a Comment