Thursday 16 February 2017

3.2.2 Pupuk Hubungan Yang Baik dalam Keluarga

Salah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan adalah disebabkan kecanggihan teknologi. Hal ini terbukti apabila keasyikan anak muda terhadap gajet masing-masing. Oleh yang demikian, tanggungjawab memupuk hubungan yang baik sesama keluarga perlu diberikan perhatian.

Meluangkan masa bersama-sama merupakan salah satu daripada cara untuk memupuk hubungan baik dalam keluarga. Masyarakat harini ini terutamanya ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing, namun mereka perlu bijak menguruskan masa supaya hubungan dengan isteri dan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan anak-anak yang telah dewasa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Salah satu aktiviti meluangkan masa dengan keluarga ialah makan bersama-sama dengan keluarga.

 Hal ini semestinya dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga. Anak-anak digalakkan untuk membantu ibu bapa di dapur semasa penyediaan makanan. Sebagai contoh, anak lelaki mempersiapkan keperluan di meja makan, manakala anak perempuan menolong ibu memasak. Dengan cara ini, perasaan saling bergandingan antara satu sama lain dapat dipupuk.


Tambahan pula, aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga dapat dilakukan seperti bersukan, gotong-royong dan melancong ke tempat-tempat menarik. Setiap ahli keluarga perlu bersatu hati dalam semua perkara sama ada susah atau senang. Hal ini menyebabkan rasa tanggungjawab dalam diri terhadap keluarga akan lebih dirasai dan dihayati oleh setiap orang yang bergelar anak.





Rajah di atas merupakan antara cara mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga. Sebagai contoh, kita haruslah sentiasa meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti berkelah, bersukan, bergotong-royong dan makan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini bukan sahaja dapat memahami lagi setiap ahli keluaraga malah merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga.


No comments:

Post a Comment