Thursday 16 February 2017

3.1.2 Maruah Diri

Setiap individu haruslah menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang memiliki jati diri dan kehormatan diri merupakan manusia yang bermaruah. Maruah diri adalah sangat penting untuk dijaga kerana dengan demikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, imej diri dan keluarga terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu dapat dilahirkan.

Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang sopan, pergaulan dan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Amalan pergaulan yang baik dapat dilaksanakan dengan menjaga batas-batas pergaulan dalam kehidupan seharian. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau silaturahim dapat dikekalkan. Sebagai contoh, anak-anak muda perlu menghormati ibu bapa, jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apa jua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain.


Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.


16 comments: