Thursday 16 February 2017

3.1.3 Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan diri merupakan tanggungjawab setiap individu kerana kesihatan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pelaksanaan sesuatu aktivti atau tugasan, disamping memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, agama menuntut untuk menjaga kebersihan dan perlu dipratikkan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik.

 Terdapat beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu dengan menjaga kebersihan diri, menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Menjaga kebersihan diri merujuk kepada menjaga kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlu mendisiplinkan diri untuk menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari supaya badan sentiasa bersih, segar dan tidak berbau serta mengelak daripada sebarang penyakit berjangkit.

 Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat membantu individu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan yang seimbang dapat memastikan badan mendapat nutrisi yang mencukupi, seterusnya badan akan sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit.

 Akhir sekali, mendapat rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat yang cukup dapat membantu kelancaran proses metabolisme badan. Justeru itu, kita dapat menikmati gaya hidup yang sihat sekali gus melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dengan sempurna.








Rajah di atas menunjukkan cara untuk menyihatkan badan. Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan kita.


No comments:

Post a Comment