Wednesday 15 February 2017

3.4.2 Amalan Prinsip Rukun Negara

Pada 31 ogos 1970, Majlis Gerakan Negara telah membentuk sebuah ideologi kebangsaan Malaysia iaitu Rukun Negara.
Rukun Negara menggariskan lima prinsip utama yang perlu dipegang oleh seluruh masyarakat Malaysia iaitu:

a) Kepercayaan kepada tuhan
b) Kesetiaan kepada raja dan negara
c) Keluhuran perlembagaan
d) Kedaulatan undang-undang
e) Kesopanan dan kesusilaan

Setiap prinsip rukun negara mengandungi tanggungjawab dan peranan rakyat bagi membentuk kesepaduan bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan agama. Oleh yang demikian, kita sebagai warganegara Malaysia wajib mengetahui dan mengamalkan setiap prinsip Rukun Negara.


Tambahan pula, rakyat bertanggungjawab menjayakan dasar-dasar dan gagasan yang disarankan oleh pemerintah yang bertujuan mendukung segala hasrat murni demi kejayaan rakyat dan kemajuan negara. Memelihara cara hidup demokratik, melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil serta menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara adalah antara tujuan penggubalan dasar-dasar. Justeru itu, tanggungjawab rakyat adalah meahami, mendukung, melaksana dan mejayakan dasar-dasar tersebut. Contoh dasar-dasar adalah seperti Wawasan 2020, Gagasan 1Malaysia, Dasar Sosial Negara dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment