Thursday 16 February 2017

3.2.3 Jaga Nama Baik Keluarga


Tanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat penting. Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan menempuh pelbagai dugaan sepanjang mendidik anak-anak untuk menjadikan anak mereka orang yang berguna. Apabila anak-anak yang berjaya serta berbakti kepada masyarakat dan negara, ibu bapa pasti akan gembira, bangga, dan rasa bertuah kerana mempunyai anak-anak seperti ini.

 Sebaliknya, mereka kecewa apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mencemarkan maruah dan nama baik keluarga.


Setiap agama mengingatkan kita untuk menghormati ibu bapa dan menjaga kehormatan mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan menjaga setiap tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita. Sebagai anak kita perlu bersikap menghormati, merendah diri, tidak sombong, dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Bukan itu sahaja, kita haruslah membina hubungan yang baik dengan kenalan atau rakan-rakan ibu bapa sama ada mereka hidup atau tiada di muka bumi ini.  

No comments:

Post a Comment