Wednesday 15 February 2017

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kita dapati bahawa setiap individu yang di atas muka bumi harus melaksanakan segala tanggungjawab yang penting terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dengan tepat dan teliti untuk menjamin segala kebahagian dalam kehidupan mereka sendiri dan dalam kehidupan orang lain. Seandainya kita mengabaikan dan tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, maka akan timbul pelbagai masalah social yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri sendir.


Kita seharusnya melaksanakan tanggungjawab kita dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh agama, budaya masing-masing serta negara. Tanggungjawab juga haruslah selaras dengan aspirasi utuk mewujudkan sebuah keluarga, masyarakat dan negara yang bermoral sepenuhnya supaya segala matlamat dapat dicapai. Kita mestilah sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan hidup dalam keadaan aman dan damai, harmoni dan sejahtera.



Melalui melaksanakan segala tanggungjawab, kita juga boleh membaiki diri kita. Contohnya dapat menanamkan disiplin yang tinggi dalam diri kita. Selain itu, kita juga boleh mengahargai waktu kita dan dapat menghabiskan masa lapang kita dengan perkara-perkara yang sangat berguna selaras dengan peribahasa masa itu emas. Seterusnya orang lain juga akan percaya dengan kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan tepat dan kita akan berpandamg tinggi oleh orang ramai. Dengan ini kita boleh simpulkan bahawa melalui melaksanakan segala tanggungjawab dengan tepat dan teliti hanya bukan satu perkara yang dapat menolong orang lain tetapi dapat membantu diri sendiri untuk kearah yang lebih cemerlang.

1 comment:

  1. Perkongsiaan yang mantap๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜Ž

    ReplyDelete